Soalan Lazim

Apakah itu Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) merupakan sistem merekod kemasukan digital berdasarkan penyimpanan dalam talian (cloud) yang merekod nama, nombor telefon dan bacaan suhu mereka yang melawat pusat hiburan, tempat kerja dan tempat awam untuk memudahkan usaha pengesanan kontak

Sistem ini digunakan untuk mengumpul data dan pengesahan di pintu masuk/keluar dengan mengimbas kod QR yang dipamerkan di premis berkenaan.

Di manakah Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) perlu dilaksanakan?

Sistem ini akan dijadikan mandatori bagi lokasi di mana besar kemungkinan pengunjung akan berdekatan antara satu sama lain untuk jangka masa yang panjang, ataupun kawasan tertutup, ataupun terdapat laluan pengunjung yang sibuk.

Kawasan di mana pelaksanaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) disarankan bermula 1 Jun 2020:

  • Tempat kerja contohnya pejabat, kilang
  • Sekolah dan universiti
  • Pra-sekolah
  • Pusat kemudahan kesihatan contohnya hospital, klinik, pusat perubatan
  • Pusat kemudahan berbentuk kediaman contohnya rumah penjagaan dan rumah warga emas
  • Kedai gunting rambut dan salon
  • Pasaraya
  • Pasar basah
  • Pusat membeli-belah
  • Hotel penginapan dan sarapan, rumah penginapan dan pusat peranginan
  • Kawasan tarikan pelancong
  • Restoran dan kafe
  • Pusat perkhidmatan
  • Perkhidmatan logistik dan pengangkutan (depoh, perhentian bas)

Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) juga boleh diperkembangkan supaya merangkumi teksi untuk menyokong pengesanan kontak bagi perjalanan setelah menahan teksi di perhentian tepi jalan. Pemandu teksi boleh mendaftar kenderaan mereka dan menghasilkan kod QR unik mereka sendiri, supaya pengesanan penumpang dapat dilakukan. Pengguna akan mengimbas kod QR yang dipamerkan di dalam teksi.

Saluran runcit di mana pelanggan tidak berdekatan untuk jangka masa yang lama, seperti farmasi dan kedai runcit juga digalakkan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) bagi pelanggan mereka sebagai langkah pencegahan.

Saluran makanan dan minuman yang buat masa ini hanya dibuka untuk penghantaran/bawa pulang tidak perlu melaksanakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), kecuali sekiranya mereka membenarkan menjamu selera di lokasi. Namun begitu, saluran runcit dan makanan dan minuman harus melaksanakan sistem tersebut untuk kakitangan seperti juga tempat kerja yang lain, dan juga mematuhi semua langkah pengurusan keselamatan seperti penjarakan sosial dan kebersihan.

Senarai lokasi di mana Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) harus dilaksanakan akan di kemas kini di https://entrymanagementsystemems.com/deployment/ apabila lebih banyak aktiviti dan perkhidmatan dibenarkan.

Mengapakah Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) sedang diperkembangkan kepada lebih banyak lokasi?

Apabila aktiviti dan perkhidmatan disambung semula secara beransur-ansur selepas perintah kawalan pergerakan, adalah penting agar pengesanan kontak boleh dilakukan dengan pantas untuk menghadkan risiko jangkitan awam. Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) membantu usaha pengesanan kontak kerana ia menyediakan rekod individu yang memasuki dan keluar kepada pihak berkuasa. Rekod tersebut akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mengenal pasti kontak rapat pesakit COVID-19 yang berpotensi. Ini adalah penting supaya kita mampu melangkah ke arah pengurangan kekangan di dalam pergerakan, juga kehidupan harian kita.

Bagaimanakah pemilik perniagaan boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Pemilik boleh melayari https://entrymanagementsystemems.com/ untuk mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan ini.

Perlukah perniagaan dan premis merekodkan kedua-dua kemasukan dan juga keluar?

Bagi Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), hanya kemasukan perlu dilaksanakan. Ini termasuk juga bagi tempat kerja

Apakah yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini?

Pemilik perniagaan harus mendaftar ke dalam sistem ini dan mereka akan diberikan kod QR unik khusus untuk lokasi mereka. Perniagaan ini harus mempamerkan kod QR mereka dengan jelas di pintu masuk. Walaupun ia mudah digunakan, pemilik haruslah bersedia untuk membantu pengunjung menggunakan sistem ini, contohnya dengan menugaskan kakitangan di pintu masuk.

Bagi pengunjung yang tidak membawa telefon bimbit, pemilik harus menyediakan kakitangan di pintu masuk dengan peranti mudah alih untuk mengimbas dan memasukkan butiran pengunjung ke dalam sistem.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) boleh menyebabkan kesesakan pada masa-masa tertentu. Bolehkah perniagaan dan premis menghentikan sementara Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) dalam keadaan sedemikian?

Adalah penting untuk mendapatkan maklumat bagi Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) terutamanya sewaktu keadaan sibuk. Perniagaan dan premis seharusnya mempunyai perancangan untuk membolehkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) sepanjang masa.

Sekiranya saya tidak memiliki telefon pintar, adakah saya tidak dibenarkan masuk? Apakah alternatif sekiranya kedua-dua pilihan tidak terdapat untuk orang awam?

Bagi pengunjung yang tidak memiliki telefon mudah alih yang mampu mengimbas kod QR, pengendali premis dinasihatkan untuk menyediakan kakitangan yang mempunyai peranti mudah alih di beberapa pintu masuk/keluar untuk merekod secara manual.

Bolehkan pemilik perniagaan mengubah suai borang dan menambah maklumat?

Maklumat yang dikumpul oleh Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) bertujuan hanya untuk pengesanan kontak. Pemilik perniagaan tidak dibenarkan untuk mengubah suai borang atau menambah soalan atau maklumat. Namun begitu, mereka boleh menghubungi kami secara terus melalui laman sesawang untuk memohon.

Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) sudahpun dilaksanakan di bangunan saya (contohnya pusat membeli-belah), perlukah penyewa kedai di bangunan tersebut turut melaksanakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Sebagai langkah keselamatan di tempat kerja, tempat kerja harus melaksanalan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) bagi kakitangan mereka. Tambahan lagi, lokasi yang dimandatkan seperti yang tersenarai di https://entrymanagementsystemems.com/deployment/ misalnya pasaraya dan kedai gunting rambut di dalam pusat membeli-belah juga harus melaksanakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) bagi pengunjung mereka sendiri.

Sebagai pemilik syarikat/pengendali premis yang menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), perlukah saya menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) bagi kemasukan kakitangan perkhidmatan kecemasan (contohnya Pasukan Pertahanan Awam, ambulans atau bomba) sewaktu kecemasan?

Sekiranya berlaku kecemasan serius di mana masa amat penting, Tidak.

Mengapakah kita perlu menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) berbanding sistem pengurusan pengendali yang sedia ada?

Penggunaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) adalah mandatori kerana suatu sistem umum yang digunakan oleh semua pihak akan membolehkan penguat kuasa kerajaan mendapatkan data dengan pantas, untuk memudahkan pengesanan kontak. Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) membolehkan maklumat mengenai pengunjung dan kakitangan yang mungkin mempunyai kontak dengan kes COVID-19 dihantar ke pihak berkuasa dengan memuat turun data dan menghantar emel kepada mereka. Data kontak yang dikumpul oleh Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) hanya digunakan oleh pegawai yang diberikan kuasa untuk tujuan pengesanan kontak sahaja, dan terdapat langkah yang ketat untuk melindungi data tersebut menurut piawaian keselamatan data Kerajaan

Dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), masihkah perakuan perjalanan dan kesihatan diperlukan?

Ya, perakuan perjalanan dan kesihatan masih diperlukan, untuk memastikan keselamatan individu di dalam perniagaan dan premis terlibat.

Saya sudahpun menggunakan sistem pengurusan pengunjung yang sedia ada. Mungkinkah sistem ini diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Buat masa ini, kami tidak boleh melakukan integrasi antara sistem lain dan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK).

Apakah yang akan berlaku sekiranya Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) gagal berfungsi? Adakah terdapat kelonggaran di dalam penguatkuasaan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Perniagaan harus menggunakan mode alternatif Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) sekiranya mode yang dipilih mengalami gangguan, contohnya dengan memuat turun laporan harian dan menyimpannya di dalam komputer.

Terdapatkah premis yang dikecualikan?

Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) harus dilaksanakan di premis yang beroperasi contohnya pejabat, kilang, pusat membeli-belah dan pasaraya.

Di kawasan terbuka atau kawasan lalu-lalang (contohnya stesen MRT dan taman riadah), kod QR akan dipamerkan, dan kami menggalakkan pihak awam untuk mengimbas supaya mereka boleh dihubungi sekiranya terdapat keperluan untuk pengesanan kontak.

Adakah kakitangan diperlukan untuk nmengendalikan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Bagi Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), secara amnya anda perlu menyediakan seorang kakitangan untuk mengimbas suhu badan individu.

Bagi kod QR Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK), perniagaan berkenaan boleh mempamerkan kod QR untuk diimbas dan direkod oleh individu sendiri. Kakitangan diperlukan untuk mengesahkan bahawa individu tersebut telah menghantar maklumat dan bacaan suhu badan mereka sebelum mereka masuk.

Bolehkah Caspian Digital Solutions membantu pemilik perniagaan menguruskan bantuan teknikal?

Pemilik boleh melayari untuk mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan ini. https://entrymanagementsystemems.com/contact-us/

Perlukah penumpang yang menahan di perhentian mengimbas kod QR?

Penumpang seharusnya menjalankan tanggungjawab sosial dan mengimbas kod QR Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) sewaktu memasuki kenderaan. Sekiranya penumpang enggan berbuat demikian, pemandu berhak untuk menolak dari mengambil penumpang tersebut.

Bagaimana pula dengan teksi yang ditempah dan tempahan atas talian? perlukah mereka mengimbas kod QR?

Tidak. Penumpang yang menempah melalui platform aplikasi teksi atau kelui tidak perlu melakukannya kerana sudah terdapat data lain yang tersedia untuk membantu usaha pengesanan kontak sekiranya perlu.

Bagaimanakah data saya dilindungi?

Langkah ketat telah tersedia untuk melindungi data menurut piawaian kerahsiaan data. Semua data mempunyai kod sulit (encrypted), dan data tersebut hanya boleh diakses oleh pegawai yang berkuasa untuk tujuan pengesanan kontak. Data tersebut terlindung di bawah akta perlindungaan data peribadi.

Bolehkah seseorang individu memilih untuk tidak memberikan data yang diperlukan?

Semua bidang (nama, nombor telefon dan suhu badan) adalah mandatori.

Adakah kerajaan mempunyai akses kepada data tersebut? Untuk apakah data tersebut digunakan?

Data yang dikumpul melalui Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) akan disimpan di dalam pelayan atas talian, yang hanya akan diakses oleh pihak berkuasa sekiranya perlu untuk tujuan pengesanan kontak.

Terdapat langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi akses kepada data peribadi. Hanya pegawai awam yang terlibat di dalam pengesanan kontak yang diberikan kuasa mempunyai akses kepada data tersebut, sekiranya perlu.

Dalam keadaan yang bagaimanakah data saya akan diberikan kepada pihak berkuasa untuk memudahkan pengesanan kontak?

Data akan diberikan kepada pihak berkuasa berkenaan khusus untuk tujuan pengesanan kontak sahaja.

Terdapatkah perlindungan data sewaktu menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)?

Data yang terkumpul melalui Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK) disimpan di dalam pelayan atas talian yang mempunyai rangka keselamatan yang tinggi. Ia hanya dapat diakses oleh pihak berkuasa sekiranya diperlukan untuk pengesanan kontak. Hanya pegawai awam yang diberikan kuasa mempunyai akses kepada data tersebut, sekiranya perlu.

Data anda disimpan hanya untuk tujuan pengesanan kontak. Semua data mempunyai kod sulit dan rangkaian data hanya boleh diakses oleh pegawai yang diberikan kuasa. Data ini akan dihapuskan setelah ia tidak diperlukan lagi untuk pengesanan kontak.

Bolehkah saya memohon untuk data saya dihapuskan selepas ia dimuat naik?

Data anda tidak akan dihapuskan kerana ia harus disimpan untuk tujuan pengesanan kontak. Data hanya akan dihapuskan apabila ia tidak lagi diperlukan untuk pengesanan kontak.

ms_MYBahasa Malaysia
en_USEnglish my_MMဗမာစာ zh_CN简体中文 id_IDBahasa Indonesia ta_INதமிழ் ms_MYBahasa Malaysia