MENGAPAKAH ANDA MEMERLUKAN SPK?

Kepentingan Pengesanan COVID-19 Menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK)

Oleh kerana buat masa ini tiada vaksin atau rawatan bagi COVID-19, beberapa langkah telah didapati berkesan untuk membantu mengurangkan penyebaran penyakit merentasi populasi. Kejayaan melonggarkan perintah diam di rumah dan polisi penjarakan sosial sebahagian besarnya bergantung kepada kemampuan negara untuk menjalankan pengesanan kontak yang efektif. Apabila ia dilaksanakan lebih awal, pengesanan kontak selalunya dapat mempengaruhi dinamik sesuatu wabak. Oleh itu, masa memainkan peranan penting. Masa untuk bertindak adalah sekarang.

Contact Tracing

Menggendalakan penjangkitan virus

Mengurangkan penyebaran penyakit

Menjadikan premis selamat

Amat penting di dalam memerangi COVID-19

Pengesanan kontak pada skala yang amat besar adalah leceh, tidak berkesan dan mungkin akan mengganggu aktiviti perniagaan. Namun, kesukaran ini dapat dikurangkan menggunakan Sistem Pengurusan Kemasukan (SPK). Pada dasarnya, SPK merupakan asas strategi Kesihatan Awam yang kukuh dan bermula dari sekarang, pemilik perniagaan boleh membantu komuniti di dalam memerangi COVID-19.

Kelebihan SPK

Pantas

Hanya dengan dua langkah, pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan mereka ke dalam sistem. Ini akan menjana Kod QR yang akan dipamerkan di pintu masuk premis pemilik berkenaan. Semua kakitangan, pengunjung dan pelanggan akan mengimbas Kod QR sewaktu masuk. Mereka akan mengisikan maklumat untuk dihubungi serta suhu badan mereka. Sistem yang mudah ini membolehkan seseorang itu diproses di dalam masa kurang satu minit, tanpa menyebabkan barisan yang panjang di luar premis (yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan).

Pengurusan Data yang Ringkas

Sistem ini merekodkan maklumat yang diberikan oleh individu yang memasuki premis. Tiada dokumen atau borang Google yang rumit. Lebih penting lagi, ini akan menghapuskan keperluan pen dan kertas digunakan oleh ratusan individu, yang berpotensi menjadi sumber penyebaran penyakit. Dengan SPK. perniagaan tidak perlu bimbang tentang penyimpanan fail atau mengendalikan jumlah kertas yang banyak. Ini semua akan diuruskan oleh SPK.

Pengesanan Kontak yang Mudah

Sekiranya terdapat individu positif COVID-19 yang memasuki premis, semua individu yang mempunyai kontak dengan individu tersebut boleh dikesan melalui SPK. Maklumat berkaitan akan diserahkan kepada pegawai kesihatan untuk membantu pengesanan. Maklumat tersebut boleh dipilih menurut tarikh dan masa, dan jaringan individu yang berpotensi untuk mendapat jangkitan akan menjadi lebih kecil.

Lindungi Perniagaan Anda

Sebagai pemilik perniagaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk kita melakukan yang terbaik demi memastikan keselamatan semua yang memasuki premis. Dengan SPK, bukan sahaja pemilik perniagaan melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan kakitangan, pelanggan dan pengunjung, kita juga menyumbang kepada penjagaan keselamatan komuniti.

Dengan SPK, pemilik perniagaan mendapat ketenangan, tanpa perlu melabur dengan banyak demi keselamatan premis mereka. Mereka juga dapat membantu pihak berkuasa penjagaan kesihatan mengawasi mereka yang memasuki premis.

Masa Untuk Bertindak

Sesebuah perniagaan boleh didaftarkan ke dalam sistem serta-merta. Perniagaan tersebut seterusnya akan menerima emel mengandungi Kod QR yang perlu dipamerkan di pintu masuk premis anda. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pintu masuk, kod QR unik ini boleh dipamerkan di semua pintu masuk.

Sekiranya perniagaan anda memerlukan bantuan, atau sekiranya anda mahu mengubah suai sistem ini untuk jenis contact perniagaan yang tertentu, anda boleh menghubungi kami dan kami akan membantu untuk mengubah suai sistem ini menurut keperluan anda. Pengubahsuaian termasuklah menambah logo perniagaan kepada sistem, dan juga menambah pesanan khas kepada pengunjung. Tambahan lagi, penambahan seperti baucar, diskaun, malahan menambah bidang maklumat untuk dimasukkan boleh dilakukan.

ms_MYBahasa Malaysia
en_USEnglish my_MMဗမာစာ zh_CN简体中文 id_IDBahasa Indonesia ta_INதமிழ் ms_MYBahasa Malaysia